Tuesday, 15 May 2012

Pameran KESATU sempena perasmian Dewan Tuaran & Pesta Kaamatan

Assalammualaikum WBT.



    Pada hari Khamis baru-baru ini (10 mei 2012), KESATU telah mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan di dewan Tuaran sempena Perasmian Dewan Tuaran yang baru dan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tuaran. Seperti biasanya KESATU akan mempamerkan pameran yang berkaitan dengan adat resam bajau seperti adat perkhawinan, bertitik dan macam-macam lagi yang boleh dilihat pada hari berkenaan. 











Monday, 14 May 2012

Pesta 1 Malaysia

Assalammualaikum WBT.
  Pesta 1 Malaysia adalah salah satu event yang telah disertai oleh persatuan ini. Walaupun ianya telah lama berlangsung namun tidak salah bukan untuk kita kembali refresh tentang acara yang telah disertai oleh persatuan ini. Persatuan ini telah menyertainya dengan menghiasi perahu dengan tema Bajau Sama sepenuhnya. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil ketika mereka (krew-krew KESATU) sedang menghias perahu berkenaan.















Wednesday, 9 May 2012

Penubuhan Kemagi Sama Tuaran, Sabah (Kesatu)

Assalammualaikum WBT.


 Untuk makluman anda sekalian, Persatuan Kemagi Sama Tuaran, Sabah ( KESATU ) sudah lama di tubuhkan dan persatuan kami ini lebih di kenali sebagai kumpulan Kebudayaan di mana kumpulan kami amat aktif dalam kegiatan kebudayaan yang melibatkan adat-adat resam Suku Kaum Bajau. 


- Untuk maklumat lanjut boleh lah LIKE  page kami dan anda boleh berhubung  kami sendiri di FACEBOOK persatuan kami. 
Sekian Terima kasih :)